Kopiranggayan om kopivosian.
“Setiap jiwa punya denai sunyinya sendiri. Di sini, denai itu mula ditulis.”
Budaya sering hidup dalam diam. Ia tidak selalu lantang, tidak selalu ditampilkan di pentas — tetapi ia bernafas dalam cara kita bercakap, berpakaian, menyambut, dan mengingati.
Dalam simpang antara seni dan masyarakat, antara akar yang tertinggal di kampung halaman dan langkah yang berpijak di kota, wujud satu ruang kecil — ruang untuk mendengar semula suara-suara lama, dan menulisnya agar tidak hilang.
Laman ini terbit dari pengalaman yang perlahan-lahan mengajarkan erti pulang — pulang kepada bahasa yang hampir dilupa, pakaian yang sarat makna, upacara yang penuh jiwa, dan wajah-wajah yang membawa warisan dalam tenang.
Bukan banyak yang tahu, hanya sedikit yang pernah dirasai. Tapi yang sedikit itulah yang ingin dikongsi.
Bukan untuk dikenang, tetapi untuk diingati bersama.
Di sini akan dihimpunkan kisah-kisah pengalaman tentang budaya,m seni, warisan dan simbolnya, bahasa dan akar, belia dan masa depan, serta harapan — agar warisan ini tidak hanya tersimpan dalam gambar, tetapi turut tertulis, terasa, dan terus hidup.
Tiada janji tulisan ini akan sempurna. Tetapi ia lahir dari tempat yang jujur.
Dan selagi jiwa ini belum selesai pulang ke akar, denai ini akan terus dilalui — langkah demi langkah, huruf demi huruf.
Kotohuadan kerana sudi singgah.
Selamat datang ke Senandika Denai Jiwa.

No comments:
Post a Comment